LAWATAN PENANDA ARAS PSS
KE SMK TUNKU BENDAHARA, KODIANG KEDAH
PADA 26 OKTOBER 2013 - 28 OKTOBER 2013
Satu lawatan telah dianjurkan dengan kerjasama PSS, KOPERASI dan Unit bimbingan dan Kunseling SMK Air Molek ke SMK TUNKU BENDAHAR, KODIANG KEDAH. Antara objektif utama lawatan penanda aras ini adalah untuk:
1) Melihat pengurusan PSS SMK TUNKU BENDAHARA
2) Memahami fungsi dan tugas Pengawas PSS sebagai agen pelaksanaan aktiviti di bawah PSS dan sekolah
3) Memahami bagaimana sesuatu PSS itu meelaksanakan sesuatu aktiviti
SMK TUNKU BENDAHARA telah dianugerah sebagai PSS CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN PADA TAHUN 2009. PSS yang diberi nama PENDETA ZAABA ini telah menjadi destinasi kami sebagai tempat rujukan dan panduan untuk membangunkan PSS SMK AIR MOLEK. Bertemakan warna bendera negeri Kedah iaitu hijau dan kuning, PSS ini sangat mendamaikan apabila kami melangkah kaki memasuki PSS ini. Kami diberi taklimat oleh Pengetua SMK TUNKU BENDAHARA dan seterusnya kami membuat lawatan ke sekitar perpustakaan
Adalah diharapkan lawatan seperti ini dapat memberi inspirasi kepada kami dan pengawas PSS untuk sama-sama membangunkan dan menjalankan aktiviti PSS pada masa akan datang
Sekian, Terima Kasih.
Berikut beberapa gambar-gambar hasil lawatan tersebut:
Perjalanan kami menuju ke PSS PENDETA ZA'ABA
Kata-kata aluan salah seorang Pengawas PSS
Taklimat oleh pihak PSS SMK TUNKU BENDAHARA
Pemberian cenderahati oleh pihak PSS Pendeta Za'aba kepada
wakil SMK AIR MOLEK, Pn Nurlaila Sharany
Salah satu keunikan PSS ini ialah mempunyai galeri diraja