2013: MAJLIS PENYAMPAIAN KEPUTUSAN PMR 2013

Assalamualaikum w.bt
Salam sejahtera

Seperti semua sedia maklum bahawa tanggal 19 Disember 2013 merupakan tarikh keramat kerana pada tarikh berkenaan keputusan PMR 2013 akan diumumkan. Semua merasa debarannya, begitu juga pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Air Molek. Pada jam 11 pagi keputusan secara rasminya telah pengetua umumkan dan alhamdulillah seramai 6 orang mendapat 6A, 6 orang mendapat 7A, dan 6 orang mendapat 8A. Kepada semua pelajar, diharapkan kalian terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan pada masa akan datang.