Al-Farabi merupakan seorang ahli falsafah islam yang amat terkenal pada zamannya. Nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad ibnu Muhammad ibnu Tarkhan ibnu Uzlaq Al-Farabi. Beliau dilahirkan di Transoxia yang terletak dalam wilayah Wasji di Turki pada tahun 874M (260H). Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya di Farab dan Bukhara. Beliau berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pendidikan tingginya. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakar Muhammad ibnu Al Sariy. Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanan ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhimat di istana Saif Al-Daulah dengan gaji 4Dirham sehari. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang sederhana, tidak memandang harta dan cinta akan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada kekayaan duniawi. Walaupun Al-Farabi seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli Sufi. Al-Farabi telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 950M (339H).
Al-Farabi merupakan seorang ilmuan yang
terkenal kerana hasil kerja dan penulisannya. Beliau berkemampuan
menguasai pelbagai bahasa dan cabang ilmu pengetahuan. Beliau terkemuka
dalam bidang falsafah, logik, dan sosiologi. Beliau turut memiliki ilmu
pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik dan
sejarah. Beliau juga seorang pemuzik yang handal. Beliau telah mencipta
peralatan muzik seperti gambus, selain menyumbang kepada ilmu nota
muzik.
Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjanya dalam bentuk buku seperti buku Al-musiqa (bidang muzik), buku Ara ahl Al-madina al Fadila (bidang sosiologi), Fusus al- Hikam (bidang falsafah) dan buku lain dalam pelbagai bidang termasuk etika, metafizik, dan perubatan.
Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjanya dalam bentuk buku seperti buku Al-musiqa (bidang muzik), buku Ara ahl Al-madina al Fadila (bidang sosiologi), Fusus al- Hikam (bidang falsafah) dan buku lain dalam pelbagai bidang termasuk etika, metafizik, dan perubatan.
EPISTEMOLOGI AL-FARABI
Al-Farabi sebagai pemikir falsafah islam banyak dipengaruhi oleh tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle. Sebagai ahli falsafah, beliau dikelaskan sebagai `Neoplanonist` yang juga menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan Aristotle. Kehebatan dalam falsafah menyebabkan beliau digelar Aristotle kedua. Beliau banyak menulis komentar mengenai falsafah Aristotle mengenai fizik, meteorologi, logic dan sebagainya. Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep kebahagiaan. Beliau juga menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Beliau telah memudahkan logik melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea (takhayyul) dan bukti (thubut).
Al-Farabi sebagai pemikir falsafah islam banyak dipengaruhi oleh tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle. Sebagai ahli falsafah, beliau dikelaskan sebagai `Neoplanonist` yang juga menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan Aristotle. Kehebatan dalam falsafah menyebabkan beliau digelar Aristotle kedua. Beliau banyak menulis komentar mengenai falsafah Aristotle mengenai fizik, meteorologi, logic dan sebagainya. Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep kebahagiaan. Beliau juga menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Beliau telah memudahkan logik melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea (takhayyul) dan bukti (thubut).
Al-Farabi turut memperlihatkan
kecenderungan menghasilkan beberapa kajian dalam perubatan. Beliau
mengatakan bahawa betapa jantung lebih penting berbanding otak dalam
kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada
tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut
keperluan anggota tubuh badan. Saya menyokong pendapat Al-Farabi ini.
Sememangnya jantung menjadi nadi kepada jasad manusia. Jantung
memberikan nyawa kepada manusia. Sebaliknya, otak hanya berfungsi jika
jantung masih lagi berdengup dan berfungsi. Jika jantung terhenti maka
terhentilah juga otak manusia.
FALSAFAH AL-FARABI
Al-Farabi mendefinisikan falsafah adalah suatu ilmu yang menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala yang ada ini. Pendapatnya ini sebagaimana pendapat Plato yang menegaskan “Falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya, iaitu apa sebenarnya menjadi asas dan intipati pembentukan sesuatu benda atau perkara itu, apa asasnya, apa esensi, apa zatnya” .
Al-Farabi mendefinisikan falsafah adalah suatu ilmu yang menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala yang ada ini. Pendapatnya ini sebagaimana pendapat Plato yang menegaskan “Falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya, iaitu apa sebenarnya menjadi asas dan intipati pembentukan sesuatu benda atau perkara itu, apa asasnya, apa esensi, apa zatnya” .
Al-Farabi sependapat dengan pemikiran
Plato bahawa alam ini baru, yang terjadi dari tidak ada. Idea Plato
tentang alam pula mirip kepada suatu pengertian alam akhirat dalam dunia
islam. Al-Farabi berjaya meletakkan dasar-dasar falsafah ke dalam
ajaran islam. Beliau juga berpendapat bahawa tidak ada pertentangan
antara falsafah Plato dan Aristotle yang berlainan pemikirannya tetapi
hakikatnya mereka bersatu dalam tujuannya.
Pendapat Al-Farabi tentang falsafah ini
disokong, yakni sebagaimana takrifan falsafah dalam bidang kajiannya.
Ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui kewujudan ini membawa manusia
kepada kebijaksanaan dan kebenaran. Ini berupaya untuk manusia mengawal
setiap tindak tanduk perlakuannya. Setiap tindak tanduk yang baik
memberikan maanfaat kepada manusia. Maanfaat yang dihasilkan mampu
menjaga hubungan baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan
penciptanya, dan manusia dan alam semesta.
FALSAFAH POLITIK AL-FARABI
Al-Farabi berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti berbagai-bagai bentuk tindakan, cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua tindakan dapat diteliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuat manusia dapat melakukan seperti itu dan bagaimana yang mengatur memelihara tindakan dengan cara yang baik dapat diteliti. Kebahagian manusia diperoleh kerana perbuatan atau tindakan dan cara hidup yang dijalankan. Bagi Al-Farabi, kebahagian adalah dicapai melalui pandangan akal dan perbahasan dan bertemu dengan tuhan dalam hubungan akal.
Al-Farabi berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti berbagai-bagai bentuk tindakan, cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua tindakan dapat diteliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuat manusia dapat melakukan seperti itu dan bagaimana yang mengatur memelihara tindakan dengan cara yang baik dapat diteliti. Kebahagian manusia diperoleh kerana perbuatan atau tindakan dan cara hidup yang dijalankan. Bagi Al-Farabi, kebahagian adalah dicapai melalui pandangan akal dan perbahasan dan bertemu dengan tuhan dalam hubungan akal.
Al-Farabi berpendapat bahawa kebahagian
hakiki (sebenar) tidak mungkin dapat diperoleh sekarang (di dunia ini),
tetapi sesudah kehidupan sekarang iaitu akhirat. Namun sekarang ini juga
ada kebahagian yang nisbi seperti kehormatan, kekayaan, dan kesenangan
yang dapat dilihat dan dijadikan pendoman hidup. Kebahagiaan sejati
sentiasa dengan suatu tindakan yang mulia, kebajikan dan keutamaan.
Maka, untuk menuju ke arah itu melalui kepimpinan yang tegak dan benar.
Kepimpinan tumbuh dari keahlian dan pembawaan manusia. Hal ini dapat
mengarahkan manusia dalam menegakkan nilai-nilai utama dan tindakan
bakal memelihara sebagai kemantapan keahlian yang disebut pemerintahan
dan raja.
Al-Farabi menyatakan bahawa masalah dalam politik dapat dibahagikan kepada dua iaitu:
Al-Farabi menyatakan bahawa masalah dalam politik dapat dibahagikan kepada dua iaitu:
- Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan tindakan yang sedar, cara hidup. Dasar ini dapat dijadikan upaya untuk memperolehi kebahagiaan. Pemerintahan atas dasar ini disebut pemerintahan utama, dimana sebagai ciri kota-kota dan bangsa- bangsanya tunduk terhadap pemerintahan.
- Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan-tindakan dan watak-watak dan rangka mencapai sesuatu yang dianggap mendapat suatu kebahagian. Maka, muncul beraneka ragam bentuk pemerintah. Apabila yang dikejar adalah kejayaan semata dapat dianggap sebagai pemerintah yang rendah. Jika mengejar kehormataan, pemerintahan akan bergantung kepada apa yang menjadi tujuannya.
Dipandang dari kemampuan suatu pemerintahan ilmu politik terbahagi menjadi dua:
- Kemampuan dalam melahirkan peraturan-peraturan yang bersifat universal
- Kemampuan yang disebabkan oleh adanya ketekunan dalam aktiviti politik, dengan harapan boleh menjadi kebijaksanaan Sebagai ringkasan pemerintahan dapat menjadi baik, jika ada teoritis dan praktis bagi pengelolaannya. Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu.
Al-Farabi menjelaskan bahawa roh dan
amalan saja tidak akan mampu untuk mensucikan seseorang dan
mengangkatnya ke arah kesempurnaan tetapi juga memerlukan fikiran dan
amalan renungan. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan
elemen-elemen ini akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta
masyarakat yang kacau bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan
sebagai dasar kepada pembinaan sesebuah negara yang kuat, stabil dan
makmur.
Meskipun pemikiran falsafah Al-Farabi
banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menetang pendapat
Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia.
Menurutnya, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya
daripada sains dan politik. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya
untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. Tanpa sains, seorang
ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan
untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah tidak akan
merasai perbezaan diantaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana
kedua-duanya merupakan komponen yang saling melengkapi. Bagi Al-Farabi,
ilmu segala-segalanya dan para ilmuan harus diletakkan pada kedudukan
dalam pemerintahan sesebuah negara.
Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya
mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan
golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem
sosial sesebuah negara. Pemikiran, idea dan pandangan Al-Farabi mengenai
falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul “Madinah
al-Fadhilah”. Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan
falsafah Plato serta Aristotle telah disentuh dalam karya “Ihsa al-Ulum”
dan kitab “al-Jam”.
KESIMPULAN
Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang sangat ulung dan ilmuwan yang hebat. Banyak pemikirannya masih relevan dengan perkembangan kehidupan manusia hari ini. Pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji sebagai panduan dalam pentadbiran dan pemerintahan. Selain itu hasil kerja dan penulisannya masih lagi digunakan dan menjadi rujukan di pusat-pusat pembelajaran dan institusi pendidikan. Sumbangan Al-Farabi memberikan pengaruh besar dalam bidang sains, falsafah, dan ilmu pengetahuan berkurun lamanya.
Siapa sebenarnya AL-FARABI? Apa sumbangannya terhadap tamadun islam dan dunia? teruskan membaca…Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang sangat ulung dan ilmuwan yang hebat. Banyak pemikirannya masih relevan dengan perkembangan kehidupan manusia hari ini. Pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji sebagai panduan dalam pentadbiran dan pemerintahan. Selain itu hasil kerja dan penulisannya masih lagi digunakan dan menjadi rujukan di pusat-pusat pembelajaran dan institusi pendidikan. Sumbangan Al-Farabi memberikan pengaruh besar dalam bidang sains, falsafah, dan ilmu pengetahuan berkurun lamanya.
AL-FARABI atau nama penuhnya Abu Nasr
Mohammad Ibn Al Farakh al-Farabi dilahirkan di sebuah kampung kecil yang
dinamakan Wasij berdekatan Farab di Turkistan pada tahun 870. Beliau
merupakan seorang lagi saintis terkemuka Islam dan termashyur kerana
hasil kerja dan penulisannya terutamanya dalam bidang falsafah, logik
dan sosiologi.
Ilmu pengetahuan yang dimilikinya tidak
terhad kepada tiga bidang itu sahaja kerana beliau juga banyak
memberikan sumbangan dalam bidang-bidang lain meliputi sains, perubatan,
matematik dan muzik.
Sebagai seorang ahli falsafah, beliau
dikelaskan sebagai `Neoplanonist’ yang cuba menggabungkan falsafah
pemikiran Plato dan Aristotle.Selain buku-buku tulisan sendiri, beliau
banyak menulis komentar mengenai falsafah Aristotle mengenai fizik,
meteorologi, logik dan sebagainya.Kehebatannya dalam bidang falsafah
menyebabkan beliau digelar guru kedua (al-Mou’allim al-Thani) iaitu
selepas guru pertama dalam bidang falasafah iaitu Aristotle.
Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya
di Farab dan Bukhara, tetapi selepas itu dia berhijrah ke Baghdad untuk
meneruskan pendidikan tingginya. Di sinilah beliau belajar dan bekerja
iaitu dari tahun 901 hingga 942. Sepanjang tempoh ini beliau berjaya
menguasai beberapa jenis bahasa dan juga pelbagai cabang ilmu
pengetahuan dan teknologi. Sebagai seorang ahli falsafah dan saintis,
beliau menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan.
Beliau juga terkenal kerana kemampuannya
menguasai pelbagai jenis bahasa.Beliau banyak mengembara dan membuat
kajian terutamanya di Damsyik dan Mesir. Salah satu daripada sumbangan
utama Farabi ialah membuat kajian mengenai logik dengan memudahkannya
melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea (Takhayyul) dan
bukti (Thubut).
Dalam bidang sosiologi, beliau menulis
buku bertajuk Ara Ahl al-Madina al-Fadila yang merupakan sebuah buku
yang terkenal. Beliau juga menulis buku mengenai muzik yang dikenali
sebagai Kita al-Musiqa.Tumpuan Al-Farabi bukan sahaja dalam bidang
falsafah dan sosiologi semata-mata.Sebaliknya, beliau merupakan pakar
dalam kesenian dan sains muzik. Sangat menakjubkan apabila Al-Farabi
juga telah merekacipta beberapa peralatan muzik, selain menyumbang
kepada ilmu nota muzik.Dalam bidang fizik pula, beliau menunjukkan
kewujudan konsep kekosongan.
Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjayanya dalam bentuk buku.Sayangnya, banyak buku-buku tersebut telah hilang. Hanya 117 buah buku hasil tulisan Al-Farabi yang dapat dikenal pasti. Daripada jumlah itu, 43 buah adalah buku mengenai logik, 11 buah (metafizik), tujuh buah (etika), tujuh buah (sains politik), 17 buah (muzik, perubatan dan sosiologi) manakala 11 buah lagi adalah dalam bentuk komentar.
SUMBER: http://irfanirsyad.wordpress.com/2011/01/11/al-farabi-tokoh-falsafah-serba-boleh/