PROGRAM PEMBUDAYAAN PEMBELAJARAN SECARA MAYA (VLE) PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2018


Pada 13 Februari 2018 yang lalu, satu program anjuran BTPN Melaka dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Melaka telah mengadakan satu program Pembudayaan Pembelajaran Secara Maya (VLE) peringkat negeri Melaka yang bertempat di Dewan Bestari, Rumah Melaka. program ini telah dirasmikan oleh Senator Tan Sri Dr. Hj Mohd Ali bin Rustam yang telah dihadiri oleh lebih 200 tetamu yang terdiri daripada pengetua, pegawai pendidikan pelajaran, guru, dan murid sekolah negeri Melaka. Majlis ini telah berlangsung denga jayanya bermula jam 9.00 pagi hingga 5 petang. Dalam majlis ini, pengiktirafan telah diberikan kepada pengetua SMK Air Molek, Pn. Norsiah bt Ab Rahman atas pencapaian beliau yang membanggakan memenangi Anugerah Tokoh Kepimpinan ICT Negeri Melaka. Guru Advokasi Emas Negeri Melaka juga telah diberikan kepada 5 guru daripada SMK Air Molek sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka membudayakan VLE dalam proses pembelajaran murid yang menjurus kepada pembelajaran abad ke21. TAHNIAH diucapkan.

MAJLIS TERTINGGI PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN 2018


KETUA PENGAWAS: NURSHANADIRAH BT HAMIZAN
PEN. KETUA PENGAWAS: SITI NABILAH BT MOHTAR
SETIAUSAHA: NUR ATIKAH MANISHA
BENDAHARI: MIZA SYAHIRAH BT MOHD HISHAM
PEN. BENDAHARI: NORUL AINA BT NORZAIDI


PELANCARAN NBOS PERINGKAT SEKOLAH 2018

Merealisasikan hasrat kerajaan , KPM telah memperluaskan strategi lautan biru kebangsaan (NBOS) di peringkat sekolah. Komuniti dan agensi luar turut emberikan sokongan terhadap guru dalam membina kesefahaman tentang tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan mutu serta pembelajaran murid.

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Aktiviti wajib tahunan bagi Unit Kokurikulum iaitu merentas desa. Trek laluan murid lelaki sejauh 7.6 km manakala perempuan ialah 4.5 km. Rumah biru telah memenangi tempat pertama bagi mata keseluruhan. TAHNIAH diucapkan.