2014: MAJLIS JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG

Pada 13 Januari 2014 telah berlangsungnya satu majlis persaraan GPK HEM SMK AIR MOLEK, DATIN WIRA HJH ZORIAH BT MOHD (11.7.1985 - 14.1.2014).

DATIN WIRA HJH ZORIAH BT MOHD

Majlis dimulakan dengan kehadiran beliau disambut dengan bersar-besaran disertai dengan paluan kompang oleh anak-anak SMK AIR MOLEK. Jasa dan pengorbanan beliau tidak terhingga kepada SMK AIR MOLEK. Semoga beliau terus sihat dan kami warga PSS AL-FARABI akan sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan beliau terhadap sekolah ini

Berikut adalah beberapa keping gambar untuk tatapan bersama:






 

2014: CERAMAH MAULIDUR RASUL

Pada 10 Januari 2014 telah berlangsungnya ceramah maulidur rasul sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Ceramah anjuran Panitia Pendidikan Islam ini turut diiringi oleh bacaan qasidah daripada badan pengawas SMK AIR MOLEK pimpinan En Mohd Hairie B Abdullah.

Berikut adalah beberapa gambar program tersebut:



2014: MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1/2014

Pada 31/12/2013 telah berlangsungnya majlis pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan satu bagi sesi akademik 2014 bertempat di SMK AIR MOLEK. Majlis yang bermula jam 8.00 pagi ini berjalan dengan jayanya. Ramai pelajar-pelajar dan ibu bapa yang hadir bagi mendaftarkan anaknya ke SMK AIR MOLEK. Ibu dan bapa turut diberi taklimat ringkas oleh Tuan Pengetua En Madzlan B Mahat. Majlis tamat kira-kira jam 12.00 tgh hari.

Berikut adalah beberapa gambar semasa berlangsungnya Majlis Pendaftaran Tingkatan 1/2014